Super Kawaii Cute Cat Kaoani

Cat Lady
Entry Owner Linkies Stuffs


Disclaimer

The Ninja Warrior

Archive




Tag Board


Replace With Your Cbox Code

Credits

Template: DianeeyA
Basecode: Revita | Tsabbita | Azzahra
Others:
© 2014 - All Rights Reserved
Pencabulan Hak Asasi
Thursday, August 14, 2014 | 0 Word(s)

Pencabulan Undang- Undang Kemanusiaan Antarabangsa

-Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan rawatan.

-Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan

-Membunuh orang aam semasa peperangan

-Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

-Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.

-Tawanan perang yang menyerah diri didera dan dimalukan.





Keadilan Mesti Ditegakkan

Kepentingan Keadilan

-Keadilan penting agar semua orang mendapat layanan yang sama, 
tiada penindasan, dan pencabulan hak asasi.

Kesan Keadilan Tidak Diamalkan 

Banyak masalah yang akan timbul:
- Penindasan akan berlaku
-Mangsa terus menderita
-Hak asasi manusia akan terjejas. 

Cara Keadilan dapat ditegakkan

-Memastikan mereka mendapat hak asasi
-Dilayan sama rata.
-Hinddarkann pilih kasih

Cara - cara Membantu Mangsa Peperangan

-Menghulurkan derma
-Menyeruh ke arah keamanan
-Berkhidmat di kem- kem pelarian.







Hak Orang Awam

Jika berlaku p tidak terlibat peperangan, orang awam yang tidak terlibat perlu diberikan hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. Perkara ini telah pun ditetapkan dalam Konvesyen Geneva 1949, iaitu berkenaan peraturan - peraturan asas dalam Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa ketika konflick bersenjata berlaku. Peraturan - peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. Orang yang cedera dan orang yang tidak terlibat dalam peperangan perlu dihormati jiwa, moral, dan fizikal mereka. Mereka perlu dilindungi dan dilayan dengan penuh rasa kemanusiaan.
  2. Dilarang membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan orang yang tidak berupaya.
  3.    Orang yang cedera atau sakit perlu dikumpulkan dan dijaga oleh pihak yang memperoleh kuasa. Perlindungan meliputi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan. Lambang persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah menjadi lambang perlindungan dan perlu dihormati oleh semua pihak.
  4. Anggota tentera yang ditawan dan orang awam yang berada di bawah kuasa musuh perlu dihormati nyawa, maruah, dan hak peribadi mereka. Mereka perlu dilindungi daripada semua bentuk kegenasan dan perbuatan balas dendam. Mereka mempunyai hak untuk berhubung dengan anggota keluarga dan menerima batuan.
  5. Setiap orang wajar menerima faedah daripada jaminan perundangan. Tiada sesiapa boleh dituduh bersalah selagi tidak disabitkan. Tiada sesiapa yang patut dikenakan penderaan fizikal dan mental seperti disebat atau dilayan dengan zalim dan memalukan.
  6. Pihak - pihak yang bermusuhan atau anggota tentera tidak dibenarkan menggunakan kaedah peperangan sesuka hati dan tanpa had. Mereka dilarang menggunakan senjata atau kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak sewajarnya dan penderitaan yang akan berpanjangan.
  7. Pihak- pihak yang berkonflik hendaklah membezakan antara orang awam dengan tentera yang bertujuan untuk mengekalkan keselamatan orang awam dan harta benda mereka. Orang awam tidak boleh diserang.




Undang - undang Kemanusiaan Antarabangsa

Apakah itu UUKA?
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Ia melindungi mereka yang tidak, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Ianya juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata.
Mengapakah UUKA penting?
UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ianya bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya.
Bilakah UUKA digunapakai?
UUKA melibatkan dua keadaan:
>konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara)
>konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak)
UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya.
Siapakah yang dilindungi oleh UUKA?
UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya seperti:
>orang awam
>anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera
>mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit
>tawanan perang
Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan.
Bagaimanakah UUKA melindungi?
UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam.
>membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam.
>membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan.
>memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka.
Apakah peranan ICRC?
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berperanan sebagai ‘penjaga’ UUKA yang menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvesyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera, sakit atau karam semasa konflik, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan bahawa mereka yang dilindungi oleh UUKA diberi layanan sewajarnya.




Misi Kemanusiaan

Umat Islam perlu contohi peranan Rasulullah dalam membantu golongan yang  ditimpa bencana.

FIRMAN Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada Rasulullah SAW contoh teladan yang baik untuk kamu jadikan ikutan, bagi sesiapa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, dan dia dalam keadaan baik mengingati Allah." (Surah Al-Ahzaab, ayat 21) 

Rasulullah SAW adalah manusia biasa dipilih Allah untuk dijadikan rasul-Nya. Kehidupan baginda adalah contoh teladan kepada kehidupan kita sehari-hari sama ada sebagai individu dan ahli masyarakat. 



Banyak contoh boleh dipelajari bagaimana Rasulullah SAW mengharungi kehidupannya sehari-hari sebagai seorang individu, suami, ayah dan pemimpin yang unggul. Antara keistimewaan Rasulullah SAW, Baginda berjaya membentuk umatnya tanpa menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan. 

Malah, Baginda mengubah manusia dengan semangat kasih sayang dan keprihatinan terhadap soal kebajikan mereka. Inilah antara ciri seorang pemimpin agung yang wajar dicontohi semua. 

Allah berfirman bermaksud: "Tiadalah kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam." (Surah al-Anbiya, ayat 107) 





Perasaan kasih sayang Rasulullah SAW terhadap semua orang tanpa mengira pegangan agama dapat dilihat daripada sikap ditunjukkan terhadap orang Makkah yang menjadi penentang kuat Islam. 

Apabila mereka ditimpa kesusahan akibat kemarau, Rasulullah SAW dengan murah hati mengirim bantuan makanan dan kepingan wang kepada mereka. Baginda langsung tidak menyimpan perasaan hasad dengki atau ingin membalas dendam terhadap mereka yang memusuhi Baginda. 

Ketika awal kerasulan di Makkah, walaupun jumlah yang memeluk Islam baru mencecah 40 orang, Baginda sudah mengatur program membantu anak yatim dan orang miskin. Baginda tidak menunggu hingga ditegakkan sebuah negara Islam untuk menyusun program kebajikan. 

Ternyata usaha murni Baginda ini diberkati kerana mereka inilah kemudiannya menjadi tulang belakang Baginda di Makkah dan turut bersama berhijrah ke Madinah. 

Ketika di Madinah pula, pendukung Islam baru berjumlah kira-kira 100 orang, Baginda berjaya menegakkan sebuah negara Islam di tengah-tengah penduduk yang majoritinya bukan Islam. Disamping itu, strategi Baginda mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar mempertingkatkan status ekonomi dan sosial golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang. Usaha itu juga berjaya menimbulkan perasaan kasih sayang dan rasa tanggungjawab golongan Ansar terhadap saudara Muhajirin mereka. 

Budaya membantu golongan kurang bernasib baik antara tunggak ajaran Islam seperti mengeluarkan zakat, salah satu rukun Islam dan memberi sedekah pula amat digalakkan. Semua ini untuk menyucikan harta golongan berada dan membantu golongan miskin dan memerlukan. 

Kini usaha membantu golongan memerlukan semakin giat dan tersusun dengan tertubuhnya pelbagai badan kebajikan. Apabila kedengaran saja berita mengenai sesuatu musibah seperti gempa bumi, banjir, tsunami, peperangan dan sebagainya, maka golongan yang prihatin dari seluruh dunia menyahut panggilan itu dengan menghantar bantuan serta-merta. 

Misi kemanusiaan itu merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Tohmahan kadang kala dilempar bahawa mangsa yang ditimpa musibah sebenarnya menerima bala Allah kerana perbuatan kemungkaran mereka diketepikan kerana bukan tugas kita menghukum sesiapa, tugas misi adalah menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 

Wanita juga boleh memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan. Pada zaman Rasulullah SAW, golongan wanita sering ikut ke medan perang demi membantu mereka yang cedera dan memerlukan rawatan. Peranan itu bersesuaian dengan fitrah wanita yang lebih lembut dan membelai. 

Di samping memberi rawatan perubatan, kini peserta misi kemanusiaan wanita diperlukan untuk pelbagai peranan lain seperti menangani trauma dan memberi pendidikan supaya mangsa dapat mengharungi masa depan dengan lebih cekal dan berilmu. 

Ia lebih ketara di negara konservatif di mana budaya mereka mensyaratkan cuma wanita boleh merawat wanita dan mendidik wanita lain. 

Pengalaman menyertai misi kemanusiaan yang membantu mangsa peperangan dan bencana alam di beberapa negara menimbulkan satu kesedaran bahawa menyertai misi ini sebenarnya bukan saja memberi manfaat kepada mangsa yang dibantu, malah kita juga merasai nikmat dan kepuasan. 

Pengalaman itu juga menimbulkan rasa insaf dan bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah kurniakan selama ini. 

Namun demikian, misi kemanusiaan juga memberi cabaran kepada yang membantu. Antaranya, bagaimana cara menimbulkan kesedaran kepada masyarakat untuk menghulurkan derma supaya lebih ramai dapat dibantu. 

Kadangkala tangan rasa diikat kerana tidak mampu membantu dengan lebih banyak lagi terutama apabila melihat rumah mereka yang usang, anak kurus kering dan tanah kering kontang atau termusnah tidak dapat mendatangkan hasil. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah dugaan dihadapi mangsa ini. Semoga kita semua dapat bersimpati terhadap apa yang mereka lalui seperti ditunjukkan Rasulullah SAW. 

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128) 

Penulis ialah ahli Wanita JIM yang membabitkan diri dalam Islamic Relief Malaysia Trustee (www.irm.org.my) boleh dihubungi di wanitajim0@yahoo.com